Sejarah operasi JAS_39_Gripen

Pesawat Gripen kini berada dalam perkhidmatan operasi dengan Tentera Udara Sweden, yang mana telah memesan sejumlah 204 buah pesawat (termasuk 28 buah pesawat 2 tempat duduk). Tentera Udara Czech dan Tentera Udara Hungary juga menggunakan pesawat Gripen, setiap satunya telah menyewa sebanyak 14 buah pesawat dari Tentera Udara Sweden, dengan tempoh penyewaan selama 10 tahun dengan pilihan pembelian. Dalam kedua-dua kes ini, pesawat adalah dari versi 2 tempat duduk. Tentera Udara Czech dan Tentera Udara Hungary adalah pengendali pertama pesawat Gripen dari negara pakatan NATO.

Pesawat Gripen juga telah dipesan oleh Tentera Udara Afrika Selatan (sebanyak 26 buah pesawat, termasuk 9 buah versi 2 tempat duduk) dan Tentera Udara Diraja Thailand (6 buah pesawat, 4 daripadanya versi 2 tempat duduk).

Sekolah Juruterbang Ujian Empayar (ETPS) yang berpangkalan di Britain juga mengoperasi pesawat Gripen sebagai platfom jet termaju untuk juruterbang ujian dari seluruh dunia.

Pengendali terkini dan berpotensi

Tentera Udara Croatia telah mengumumkan rancangan untuk mengantikan pesawat MiG-21, berkemungkinan dengan pesawat JAS 39 Gripen atau F-16 Fighting Falcon.[13] Keputusan akan diketahui sebelum akhir tahun 2008.[perlu rujukan] Dijangka sehingga 24 buah pesawat akan dipesan.

Tentera Udara Romania telah mengumumkan mereka akan mengantikan pesawat MiG-21 LanceR bermula pada tahun 2008, kemungkinan dengan JAS 39 Gripen atau Eurofighter Typhoon.[14][15]

India telah menunjukkan minat untuk menilai pesawat Gripen untuk tender 126 buah pesawat pejuang pelbagai fungsi (MRCA) (lihat persaingan MRCA India).

Negara-negara lain yang menunjukkan minat terhadap pesawat Gripen ialah Denmark, Norway, Bulgaria, Slovakia, Chile dan Brazil.[16]

Denmark telah memeterai Memorandum Persefahaman di antara Kementerian Pertahanan Sweden dan Denmark untuk menilai pesawat, bergantung kepada rancangan masa depan Denmark untuk mengantikan 48 buah pesawat F-16nya. Denmark juga telah memohon agar variasi baru pesawat Gripen dibangunkan. Ia termasuk pakej sistem avionik terbaru, enjin yang lebih besar dan berkuasa, muatan yang lebih besar dan yang paling penting jarak operasi yang lebih jauh.

Pada 17 Januari 2007, Pentadbiran Bahan Pertahanan Switzerland menjemput Gripen International untuk menghantar bidaan awal untuk membekalkan pesawat Gripen bagi mengantikan pesawat usang F-5.[17] Pada 18 Januari 2007, Kementerian Pertahanan Norway telah menghantar Pemintaan Untuk Maklumat Ikatan (RBI) kepada Pentadbiran Bahan Pertahanan Sweden.[18]

Rujukan

WikiPedia: JAS_39_Gripen http://www.gripen.com.br/download/18.988707fc16e9d... http://www.defense-aerospace.com/dae/articles/comm... http://www.defenseindustrydaily.com/the-jas39-grip... http://www.defensenews.com/story.php?i=6862655&c=F... http://www.flightglobal.com/articles/2007/09/07/21... http://www.flightglobal.com/articles/2008/04/07/22... http://www.gripen.com/en/GripenFighter/GripenStory... http://www.gripen.com/en/GripenFighter/TechnicalSu... http://www.gripen.com/en/GripenFighter/TheGripenFi... http://www.gripen.com/en/MediaRelations/News/2007/...